Roti sosej

 Taraaaa..!!
ni la dia roper bentuk roti sosej aku.. 
Masa ni buat utk bekpes anak aku nk gi sekolah.. Mmg feberet Faris.. siap tapau gi sekolah lg.


Nasi Minyak

Assalamualaikum..

Sebenarnya gambar ni aku amik ari sabtu lepas lagi tp baru hari sempat upload. 
Hamboiiii macam tak percaya je aku boleh buat nasi minyak ni. Selalunya aku makan kat majlis/kenduri kawin je. Tapi kali ni alhmadulillah dah boleh masak sendiri nasi minyak ni. Anak-anak pun teruja je bila tengok nasi yang berwarna-warni ni sampai tak sabar-sabar nak makan. 


Tapi lauknya aku cuma buat ayam masak merah. Daging ada kat dalam peti sejuk tu.. tapi en asben takde kat umah untuk tolong aku kat dapur kan.. makanya aku masak ayam masak merah je. Simple dan cepat dimakan.. hehe.

Resepi :
 
4 cawan beras basmati ( aku guna beras basmathi Kashmir, Beras faizah )
5 cawan air
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau 

**bahan tumis
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

**bahan hias
bawang goreng
kismis

Cara penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, dan daun pandan. (Jika suka bolehlah bubuh kiub ayam yer.. tapi aku x bubuh pun sbb aku x suka)
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.
8. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
9. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

Roti Jala

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update blog kan.. so ari ni nk masukkan resepi roti jala bersama kuah durian. Maklum la tengah musin durian kan.. Aku ni hantu durian tapi anak-anak ngan encik asben bukan hantu durian... so beli 2 biji durian pun tak penah habis.. bakinya dok tersimpan la dalam peti ais. 

So daripada membazir dok lama-lama dalam peti ais tu kan.. apa kata hari ni pekena roti jala cicah ngan kuah durian.. adooiiii tak sabar nak makan kan.. hehehe


tu dia roti jala ngan kuah durian yang aku buat..!

kat bawah ni resepi dia..

Resepi Roti Jala :
2 cawan tepung
2 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna

Cara :- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga tiada ketulan tepung.

Resepi Kuah Durian : (2 orang)

5 ulas durian
2 cawan santan pekat
4 sudu gula
sedikit gula melaka
daun pandan utk aroma

Cara-cara :
1. ambil isi durian dan lenyek hingga hancur, kemudian masukan ke dalam periuk bersama santan, gula, daun pandan dan gula melaka. 
2. Pastikan api tidak terlalu kuat dan perlu di kacau selalu hingga mendidih dan agak pekat, angkat dan sejukkan sebentar, sedap dimakan bersama rot putih atau roti jala.

Kek pisang

Hari ni belajar buat kek pisang.. ni kali kedua aku buat kek pisang.
Kali pertama hancussss.. x jadi.. hehe.. Somi aku ckp rasa dia mcm bingka pisang.. terlebih minyak masak kot. hahaha..

Kali ni buat ikut resepi bawah tu pulak..
Resepi ni aku dapat dari seorang member yang sama-sama belajar baking kat Kolej Komuniti dulu..


Tapi aku masih lagi tak puashati dengan kek ni..
aku rasa kek aku ni tak berapa gebu macam yang kita beli kat kedai tu..
Makanya lain kali aku kena belajar lagi. Bak kata orang.. practise make perfect kan.. So linda don't give up.. Try, try n tryyyy hokay.. hahaha

Resepi :

3 cawan tepung kek
2 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
4 biji telur ayam gred A
7 biji pisang yang ranum

Cara-cara :

- Lenyek pisang sehingga halus
- Pukul telur bersama gula
- Masukkan tepung sedikit demi sedkit, pisang dan minyak masak
- Bakar pada suhu 180oC selama 45 min - 1 jam